Khamis, 3 Jun 2010

Catatan Sastera Seorang Penulis Kerdil

SALAM untuk semua terutama kepada mereka yang mengikuti perkembangan semasa dan karya-karya saya di semua akhbar tempatan Sabah mahupun di luar Sabah.Terima kasih yang teramat banyak kerana ada segelintir daripada rakan-rakan saya yang mengingati jalan cerita serta tajuk karya-karya yang saya hasilkan selama ini meskipun karya saya itu hanyalah sekadar catatan seorang insan yang begitu kerdil untuk di nobatkan sebagai penulis..

Saya sebenarnya tidak memiliki asas dalam ilmu kesusasteraan.Hanya di sekolah menengah sahaja sewaktu saya berada di tingkatan lima saya ada mempelajari sedikit pelajaran kesusasteraan melayu dan saya di perah di nobatkan sebagai Pelajar Sastera Paling Cemerlang tahun 2000..Selepas itu saya menyepi dan langsung tidak melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan..

Hakikatnya saya menulis sejak usia saya 15 tahun lagi.Saya kerap menulis di akhbar sekitar Sabah..Puisi dan luahan hati saya pula seringkali mendapat tempat di radio Muzik {ketika itu,kini MuzikFm}.Ketika saya di alam remaja dulu,,radio Muzik dengan Radio Sabah memang banyak mengendalikan ruangan untuk remaja mengemukakan puisi dan luahan hati.Kini saya dapat rasakan ruangan sedemikian semakin kurang di semua stesyen radio.Kini remaja lebih tertumpu kepada facebook dan laman sosial yang berkaitan seiring dengan perkembangan dunia telekomunikasi semasa.

Saya cuma sedih kerana hadirnya penulis baru seperti saya ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Cuma yang menyedihkan ialah nasib para penulis seperti saya ini seringkali di ibaratkan `hidup segan,mati tak mahu`.

Tidak ada sesiapa yang bangkit untuk memperjuangkan karya2 penulis sepertimana penyanyi dan penghasil karya kreatif yang lain.Karya-karya yang di hasilkan dan di siarkan di akhbar langsung tidak di berikan royalti atau pengikhtirafan sepatutnya sedangkan untuk menghasilkan sesebuah karya yang terbaik memerlukan daya intelektual yang tajam dan sempurna,.

Pernah tidak orang terfikir bahawa suatu masa dulu,bidang kesusteraan sememangnya bidang yang begitu berprestij tinggi dalam menyebarkan dakwa mahupun memajukan sistem pemerintahan seebuha negara.Orang yang zalim sekalipun pada masa terdahulu menangis mendengar para sasterawan menyampiakan sajak dan puisi.Pada zaman sekarang,sastera hanya kegiatan menghasilkan tulisan sahaja sedangkan hakikatnya sastera merupakan satu cabang seni yang sangat mulia dan di hargai suatu masa dulu.

Bila agaknya dunia kesusasteraan akan menjadi bidang yang di angkat martabatnya seiring dengan kegiatan seni kreatif yang setaraf dengannya?Mungkinkah sampai bila-bila para penggiat sastera hanya menghasilkan karya untuk tatapan umum dan selepas di baca naskah berkenaan hanya di jadikan sebagai alas untuk membungkus nasi lemak?

Persoalan itu hanya dapat di jawab oleh mereka yang berkaitan dan sekiranya tidak ada inisiatif berkaitan untuk memartabatkan sastera,saya yakin bidang ini akan terus tenggelam.Tenggelam dan terus tenggelam..Sebagai seorang pencinta dunia sastera,saya ingin sekali melihat bidang ini di angkat sebagai bidang yang berprestij suatu masa nanti dan semua penggiat sastera di berikan penghormatan yang sepatutnya..

Semoga para penggiat sastera yang membaca ruangan blog saya yang tidak sebarapa ini akan sedar dan tidak memperjuangkan nasib individu sahaja.Berjuang biar atas dasar semua yang bergelar penulis,biar bangkit secara berkumpulan,bersatu hati seperti mana kita di satukan dalam Satu Malaysia...Salamm..

Rabu, 2 Jun 2010

Catatan 02 Jun 2010

SUDAH agak lama saya tidak mencoret ke dinding blog yang menjadi teman setia saya sebelum ini..Bukan lupa tetapi kesibukan pada tugas dan urusan hal mahkamah menyebabkan sedikit masa saya terarah ke situ.Mungkin masih ada rakan-rakan yang masih membuka blog dan menantikan coretan terbaru saya,sekali lagi saya ingin memohon kemaafan kerana sejak seminggu dua ini saya sentiasa di gelumangi dengan kesibukan yang tiada berpenghujung.Balik ke rumah setiap hari mesti tersadai keletihan..Mungkin ini lumrah bagi mereka yang sudah bergelar isteri dan ibu kepada 3 orang anak {seorang anak sendiri dan 2 orang anak tiri yang meningkat remaja}.

Pada saya ketika ini apa pun dugaan yang bakal saya tempuhi saya akan belajar untuk meredhakan apa pun yang berlaku..Hanya dengan cara itu mungkin agaknya saya akan dapat ketenangan dan kebahagiaan yang selama ini saya buru dan cari..Amiinn..Kalian doakanlah saya bertemu dengan intan kebahagiaan itu walaupun adakalanya saya terfikir semua itu adalah di atas kehendak Allah swt..

Memang susah untuk terima hakikat yang kita telah di hancurkan sehancur-hancurnya oleh insan yang pernah kita belajar untuk mencintai dan menyayanginya dengan sepenuh hati..Juga terlalu sukar untuk memaafkan mereka tetapi jika di fikir selama bertahun dan secara logikanya adalah lebih baik meredhakan dan melupakan semua itu dengan perlahan-lahan meskipun sedikit perasaan terguris dan kecewa pasti akan merencatkan keceriaan kita..Perasaan dendam dan marah seringkali membuatkan kita lupa bahawa sebenar-benarnya kita tidak memiliki kuasa untuk menghukum apalagi untuk menjatuhkan hukuman kepada sesama makhluk Allah swt..Ya,kita semua mesti belajar untuk berfikiran terbuka dan merelakan apa pun yang berlaku dengan penuh redha..Kerana setiap kelukaan dan kedukaan itu pasti hujungnya adalah kemanisan dan kebahagiaan yang tiada terkata bahagianya,.

YA Allah,setelah empat tahun saya memendam rasa dan sakit hati akhirnya saya mendapat petunjuk untuk meredhakan segalanya walaupun memang sungguh perit untuk membiasakan perkara yang kita tidak biasa.

Allahu Akhbar..Maha Suci Allah keranaMu juga aku menjadi insan yang redha dengan segala ketetapanMu..

Sabtu, 8 Mei 2010

Hidup Ini Tidak Pernah Adil ??

TANGGAL 22 April 2010 adalah tarikh yang bersejarah untuk saya kerana tarikh itulah yang membawa saya ke suatu dunia baru yang saya sangka saya tidak akan melangkah masuk ke gerbang itu lagi semula.Tetapi Tuhan itu Maha Adil kerana sekali lagi setelah saya tersungkur dalam kegagalan dari bahtera rumahtangga yang saya bina suatu ketika dulu kini saya berpeluang lagi memegang takhta sebagai seorang permaisuri hati kepada seorang insan yang bernama suami.Alhamdulillah..

Ketika mula-mula di ijabkabulkan saya sungguh tidak menyangka bahawa dugaan untuk memulakan satu kehidupan yang baru sesungguhnya ada seribu satu cabaran yang menggugat keimanan dan kesabaran.Dan di dalam setiap dugaan itu ada sejuta titian yang akan memungkinkan kita bergelumang dengan selut kesedihan atau tergelincir ke dalam jurang yang akan menyebabkan kita tersungkur dan tidak bangkit lagi untuk selamanya.

Pokok pangkalnya adalah kesabaran dan emosi sentiasalah memikirkan logika dan tidak di kuasai dengan emosionalis.Itu adalah perkara paling mudah yang seringkali kita lupa dan leka apabila kewarasan dan pertimbangan diri hilang di telan oleh musibah/dugaan Allah swt.

Saya pernah menangis selama 30 hari berturut-turut mengenangkan nasib diri saya.Bagi saya setelah perceraian maka hidup saya sudah tidak bermakna dan tidak berharga lagi.Tapi mujurlah Allah menemukan saya jalan yang menyebabkan saya kenal dengan diri saya sendiri.Dari situ saya mengenali bakat dan kemampuan diri saya untuk bangkit dan lebih menyerlah berbanding dengan diri saya yang dahulu.Lantas kerana itu saya menyesali menangis dan merintih luka kerana sesungguhnya nikmat dan anugerah di sebalik perceraian saya yang pertama itu membuatkan saya lebih dewasa sepertti sekarang.

Perkaya yang sangat terkilan bagi saya pada hari pertama pernikahan saya ialah saya dengan suami terpaksa berhadapan dengan karenah dua orang pakcik {adik beradik mak{ yang tidak mahu menjadi saksi dalam pernikahan kami.Mujurlah ketika itu mak saya kebetulan ingin melawat adik saya yang baru saja bersalin di Hospital Likas.Saya dan suami {ketika itu bakal suami saya} terpaksa menahan mak sehingga ke petang memandangkan pihak Mahkamah Syariah perlu menemudiga mak dan juga diri saya sendiri untuk memohon bernikah berwalikan hakim kerana saya tidak memiliki wali nasab.Semua keluarga sebelah arwah ayah saya adalah bukan beragama Islam dan saya juga tidak memiliki adik beradik lelaki untuk membolehkan saya kahwin tidak berwalikan hakim.

Kahwin berwalikan hakim sesungguhnya adalah benda yang sangat susah dan merumitkan.Itu pendapat dan pandangan saya selaku pemohon yang telah 2x memohon untuk bernikah berwalikan hakim.Sungguh susah,banyak prosedur yang di lalui dan tapisan yang di lepasi.Tapi Alhamdulillah kerana akhirnya dalam masa lebih kurang 3 jam akhirnya permohoan saya untuk bernikah berwalikan hakim akhirnya di luluskan juga oleh mahkamah..Sejuta kesyukuran saya panjatkan ketika itu.Syukur kerana semua rintangan dapat kami selesaikan walaupun semua urusan untuk pernikahan saya dan suami saya sahaja yang menguruskan tanpa melalui atau meminta bantuan daripada pihak lain.

Terus terang saya katakan saya sungguh terkilan dengan semua insiden yang berlaku.Saya tidka menyangka setelah bernikah,malamnya itu juga pak su menengking suami saya dan meletakkan saya tidak ubah seperti barang dagangan.Bayangkan bagaimana perasaan anda jika ketika itu anda berada di dalam situasi saya?

Sepanjang empat tahun saya hidup bersendirian dengan seorang anak,2 orang pakcik saya yang boleh saya anggap sebagai ayah saya sendiri langsung tidak memberikan saya bantuan moral .Jauh sekali untuk memberikan wang seringgit dua untuk anak saya.Beras habis di dapur langsung mereka tidka ambil tahu tapi bila selesai sahaja pernikahan mereka pula sibuk meletak harga saya kepada suami saya seolah saya adalah barang dagangan yang sedang di jual beli..Nauzubillah..

Saya beristighfar panjaang...Manusia begitu masih ada rupanya di akhir zaman ini..Sejak pagi jam 6 pada tanggal 22 April saya dan suami menghubungi kedua orang pakcik saya untuk menjadi saksi pernikahan kami namun alasan yang di berikan adalah sibuk..S.I.B.U.K ..Perkataan itu yang selalu saya dengar setiap kali saya ingin meminta bantuan dari segi khidmat nasihat..Kalau nak minta bantuan duit lagilah liat mereka nak bantu..Silap hari bulan kena maki hamun macam anjing kurap lagi ada,,.

Dugaan itu tidak di situ sahaja..Selepas pernikahan ,suami masih tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan/Terpaksa bergantung dengan kewangan yang semakin runtuh..Ha ha ha...faham2 jer la...

Bekas suami pula buat hal dengan tidak menghantar duit nafkah anak.Memandai2 simpan duit di tangan sedangkan anak setahun sekali sahaja di jenguknya..Sekali lagi saya tertekan dan mengadukan kes ugutan dan tekanan berterusan itu ke balai polis..Tapi pihak polis hanya dapat mengambil aduan saya itu sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga.

Saya sungguh pelik sekali.Sejak dari dulu lagi sememangnya kes penderaan mental dan pressure yang berterusan langsung tidak di ambil peduli untuk di ambil tindakan.Bagaimana sekiranya perkara ugutan dan pressure yang berterusan itu membuatkan seseorang mangsa boleh jatuh gila dan tidak siuman sepanjang hayatnya?Ada orang yang nak ambil kisah atau membelanya?Tidak ada bukan..?

Penderaan mental adalah penderaan yang paling tragis berbanding dengan penderaan fizikal.Tapi undang2 yang ada di negara kita selagi sesuatu kes itu tidak nampak luka dan lebam di badan si pengadu atau kata2 ugutan tidak berbaur bunuh atau mendatangkan ancaman kemudaratan pada diri di pengadu maka aduan di anggap hanya sebagai peringatan.Tidak ada tindakan keoada si pengugut..Hmm..Kalaulah undang2 ada memeperuntukkan semua pengugut di talian telefon atau sebarang perhubungan yang mendatangkan tekanan perasaan yang boleh membawa seseorang itu di klasifikasikan sebagai pesakit jiwa,,sayalah orang pertama yang akan tampil untuk embuat penghargaan.

Kesimpulannya kita sendirilah yang tahu.,tapi apa pun hidup masih akan di teruskan selagi nadi masih berdenyut..Mata pun terasa nak mengantuk ..Jam pada dinding sudah menunjukkan jam 1 pagi..

Jumaat, 9 April 2010

Rentetan Kehidupan

ADAKALA kita menyangka kita sudah terlalu kuat untuk berhadapan dengan semua rintangan yang mendatang dalam hidup kita.Pengalaman lalu bisa mendewasakan diri dan pemikiran kita namun hakikatnya kita hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.Tiada sesiapa yang menginginkan diri kita tersasar dari landasan yang sepatutnya.Tergelincir dan terpesong haluan sama ada untuk seketika atau selamanya.


Masalah dan dugaan yang mendasar kehidupan kita sebenarnya hanya sedikit latihan untuk kita menempuh kehidupan yang mendatang.Sama ada kita tersasar lagi atau tidak itu terpulang pada kekuatan semangat dan keyakinan diri kira masing-masing.


Sejuta kali sekalipun kita menghadapi segala macam masalah tetapi jika kesabaran dan jati diri kita terpesong dari landasan samalah dengan struktur bangunan yang di bina tanpa pelan dan perancangan yang baik.Bila-bila masa sahaja akan tumbang atau retak.Kesalahannya hanya sedikit tetapi impak akan tercalar buat selamanya kepada pihak kontraktor.


Orang pernah berkata kepada saya bahawa jika kita menangis sepuas hati atau lari ketika menghadapi masalah.Kata mereka jika kita menangis sepuas hati maka kita akan reda dan tenang selepas itu.Tapi bagi saya semua itu terpulang pada diri kita masing-masing dalam mengatasi masalah yang merintangi kehidupan kita seharian.

Sabtu, 27 Mac 2010

LAMAN SOSIAL DI SALAH GUNA..SALAH SIAPA??

SEMALAM beberapa komen di facebook yang saya tinjau memberikan saya gambaran bahawa hampir keseluruhan yang melawat laman sosial itu rata-ratanya menggunakan perkhidmatan percuma itu dengan sewenang-wenangnya.Menyuarakan pendapat tanpa mengambil kira sensitiviti orang lain dan menggunakan bahasa yang kasar untuk menegur orang lain.

Saya amat sedih dengan semua ini.Di manakah letaknya adat dan budaya ketimuran kita yang sentiasa menjaga tutur bicaranya sejak bertahun berabad masa yang lalu?Jelas kelihatan anak-anak muda kita semakin liar dan tidak tahu menghormati sesama rakan laman sosial itu.

KIta semua terdiri daripada orang yang terpelajar.Sekolah tinggi dan sentiasa terdedah dengan ilmu.Walau duduk di ceruk kampung mana sekalipun,kemudahan internet dan komunikasi masa kini membuatkan kita tidak lagi di labelkan sebagai katak di bawah tempurung.

Sayangnya ketinggian ilmu kita tidak mencerminkan ketinggian akhlak yang sepatutnya kita tampilkan melalui tutur bicara dan tingkahlaku.Walaupun hanya melalui mesej ringkas di laman sosial sebegitu mungkin agak remeh untuk kita terlalu formal berhubung tetapi harus di ingat oleh kita semua kerana melalui kata-kata dan tulisan kita boleh mencerminkan keperibadian kita yang sebenarnya.

Penggunaan kata-kata kesat dan bahasa yang kurang enak masih lagi berleluasa sehingga ke saat ini.Persoalannya sekarang,saya masih tertanya-tanya di manakah badan dan pertubuhan yang di tugaskan memantau laman-laman sosial seperti ini?.Kenapa tidak ada tindakan dan hukuman yang sepatutny di kenakan terhadap pesalah seperti ini?

Mungkin bunyi pendapat dan suara yang saya suaraan di sini seperti ianya diktator sedikit..tapi sekurang-kurangnya pihak yang terlibat menapis semua yang log masuk ke facebook menapis semua pendapat yang masuk sebelum menyiarkannya di situ.Saya agak sedih juga kerana sehingga ke saat ini pemantauan yang sepatutnya di lakukan tidak di laksanakan dengan sewajarnya..

KIta selalu merancang untuk sesuatu program dengan hebat dan berkobar-kobar pada mulanya..Tapi selepas itu perlaksanaannya hanya melepaskan batuk di tangga sahaja.Jadi di sini silap siapa sebenarnya?Para pelawat laman sosial bersembang dengan sesuka hati mereka walaupun perkhidmatan di laman itu percuma tapi saya rasa wajib jika ada pihak tertentu yang sentiasa memantau setiap bait bicara para pengunjung laman sosial tersebut.

Sabtu, 20 Mac 2010

Rindu Untuk Ibu

MELAKAR coretan demi coretan untuk sekilas waktu yang sempat ku hirup udaranya untuk beberapa saat lagi..Sebelum aku keluar dari tempat ini untuk seketika atau mungkin untuk masa yang panjang,,ingin sekali aku leraikan kerinduan yang tidak pernah ada hujung noktahnya ini..

Ketika mentari begitu terik memanahkan cahaya di ufuk maya,aku terkesima seketika..Mampukah aku menjadi mentari untuk menyinari sisa-sisa kehidupanku ini?Mampukah aku menjadi mentari yang membakar seluruh luka dan dendam agar berkubur tanpa nisan dan kesan?Aku lemah dan tenggelam dalam emosi yang kabur.Aku terumbang-ambing di muara yang penuh dengan gelombang..Terhempas ke kiri dan ke kanan,sesekali terhantuk pada tebing membuatkan aku rindu detik-detik indah yang pernah aku tempuhi bersamamu ibu..Ketika itu tiada siapa pun yang merampas gelak tawa dan kebahagiaan kita..

Kesusahan dan penderitaan yang kita lalui tidak pernah membuatkan kau mengalirkan airmata sepertimana ketika ini..Aku rindu saat-saat kau mengucup dahiku setiap kali tidur..Aku dambakan pelukan hangat yang bisa menenangkan aku di saat aku di landa gelombang resah..Tapi kini semuanya pudar..Pudar sepertimana sirnanya embun tatkala mentari muncul di ufuk timur..

Jika aku pergi dan tidak mengabarkan sebarang berita selepas ini,ku kira aku tidak akan menghampakan mu..Ku hamparkan ruang antara dua persimpangan untuk kau mengatur arah mana yang kau pilih ,ibuku..Aku tidak bisa memilihnya kerana kunci ada padamu..

Aku tidak pernah membencimu..Kasih dan sayangku sentiasa mekar berbunga meskipun dalam beberapa waktu yang singkat ini aku akan pergi dan tidak kembali lagi buat masa terdekat..Biarlah luka ini bersimpuh seketika di danau rindu..Embun yang bertaut pada teratai semakin layu..Seperti hatiku yang merayu-rayu untuk ku kembalikan detik indah ketika suatu masa dulu..Suatu masa ketika tidak ada perampasan kasih di antara kita ,ibu..

Telah ku telan kepahitan dan kepayahanmu..Ku cuba terima dan tidak masuk campur dalam urusan rumahtanggamu..untuk bertahun sedangkan berabad lama rasanya di jiwaku..

Cuba untuk menerima hakikat dia adalah ayahku walaupun pada mulanya dia adalah rakanku..Aku cuba menghormatinya ibu..Aku tidak pernah terniat untuk menderhakainya..Aku tidak pernah..Dan tidak pernah..Tapi pertama kali satu tamparan dan tendangan singgah berkelana di tubuh ini,aku tersentak seketika..Apa salah dan dosaku sehingga hukuman ini aku terima.?Aku hanya mahu dia memperjuangkan hidupmu,ibu..Aku hanya mahu dia jalankan tugasan yang sepatutnya dia lakukan untukmu ibu,.Bukan menambah sengsara sepertimana yang kau lalui ketika ini,ibuku..!

Ibu,,aku sayangkan ibu..Ampunkan anakmu jika suatu masa,suatu waktu aku tidak akan pernah lagi menjengahmu..Izinkan aku membawa hidup dan derita ini jauh dari kehidupanmu.Dia mampu tersenyum kerana mungkin aku adalah penghalang segalanya..Aku redha dengan apa yang bakal berlaku setelah ketiadaan ku nanti..Aku hanya mampu membungkus doa dan harapan semoga ketiadaanku nanti bisa membuatkan hidupmu bahagia dan gembira..

Aku tidak pernah merelakan kegembiraanmu di nodai,ibu..Aku tidak pernah mengizinkan orang seperti itu mencalitkan porak peranda sesama kita,ibu..Aku tidak pernah terfikir ini adalah kesudahan kasih sayang yang kita sulam berpuluh tahun setelah kepergian ayah..Aku tidak menyangka ini adalah takdir di atas benih-benih yang kita semai dalam waktu yang lama itu..

Ibu..ketika kalam ini sampai kepadamu nanti..Aku tidak dapat membayangkan keadaanmu..Aku tidak tahu reaksi sekeliling kepadamu..Mungkin ini adalah tinta yang terakhir sebelum aku melemparkan jauh kelukaan ini di dasar laut kasih..Ibu.,ampunkan anakmu kerana terpaksa memilih jalan ini..Aku tidak akan pernah menyusahkanmu lagi.Walaupun aku tidak pernah menyusahkanmu,tapi aku tahu kau terluka kerana aku merenjis resah di jiwamu..

Ibu..Siang dan malam aku tidak pernah melupakanmu..Aku harap kalam ini akan sampai kepadamu pada suatu ketika dan ketika itu tidak ada seorang pun yang dapat menjejaki langkahku..Aku harap coretan ini mampu kau baca pada kertas putih meskipun ketika itu aku tidak akan muncul dalam lembaran hidupmu lagi..

Cuma satu pesanku..Jagalah kesihatanmu..Aku rindu sekali menatap senyuman dan gurau sendamu seperti dulu..Kalaulah kau bisa memilih kami adik beradik di dalam episod kehidupan,alangkah indahnya saat itu..Tapi aku pasti..kau tidak pernah lagi menoleh pada batas kasih sayang yang pernah kita sama-sama bataskan dulu..batas itu telah lama hilang dan di rempuhi semak rindu..Yang ada hanya duri menusuk luka..

Ibu,,maafkan anakmu..Ini adalah coretan lukaku sebelum aku melangkah meninggalkanmu.Sekalung kerinduan dan doa moga kau sentiasa sihat dan di dalam redha Allah..Salam dari anakmu..Juliana Jalifah Jaafar..

Rabu, 17 Mac 2010

Dengarlah Jeritan Hatiku

SELAMA ini aku sangkakan aku cukup kuat untuk tempuhi segalanya.Menangis siang malam ,di halau dari rumah,di caci dan di kutuk hina,semuanya telah ku lalui..Aku tidak pernah meminta simpati dari sesiapa pun..Hati aku yang menangis tiada siapa yang tahu..

Ketika coretan ini ku lakarkan pada blog,kesakitan dan airmata menemaniku.Sudah cukup kesabaran yang aku jahitkan pada cebisan semangat yang tinggal..Aku sangkakan episod luka sudah tidak akan menjelma lagi di dalam kehidupanku.Aku sangkakan semuanya sudah berlalu,aku sangkakan mentari mula menyinari hidup aku yang sudah lama kontang dengan keceriaan..Aku silap lagi..

Petang ini..Hari ini..Entah untuk kali yang ke berapa..Ayah tiri menendang perut aku sehingga aku tercampak hampir satu meter..Mak hanya memandang aku dengan tangisan namun tidak dapat berbuat apa-apa.Aku memiliki ramai keluarga tetapi hakikatnya aku terasing di bumi sendiri..Keluarga yang ku miliki mementingkan diri sendiri.

Sakit sungguh hatiku..Lebih sakit lagi jasadku seperti sakitnya nyawa di cabut dari badan..Aku sudah tidak dapat bertahan lagi dengan situasi ini..Aku ingin sekali keluar dari kehidupan ini,mencari sejauh ketenangan yang selama ini aku dambakan..Tetapi bagaiman harus aku melangkah..Di mana arah yang harus aku tuju..?Tiada sesiapa yang mampu membantu aku ketika ini..Rangungan dan jeritan batinku tiada sesiapa yang peduli..Hanya kata simpati sahaja yang mampu di zahirkan oleh semua tetapi untuk menghu;ur ihsan untuk aku keluar dari sangkar penuh dengan kesengsaraan ini ,tiada siapa yang peduli..

Aku tidak tahu sampai bila aku harus bertahan dalam situasi yang sungguh menyiksakan ini..Aku tahu,airmata ini tidak mampu melegakan sedikit pun kesakitan yang ku rasai ketika ini..

Ya Allah,tunjukkanlah aku jalan untuk keluar dari kehidupan yang penuh dengan onar dan luka ini.Ya Allah,,berilah aku kekuatan,berilah aku kebahagiaan..Aku hanya ingin menikmati hidup yang sempurna sepertimana insan-insan yang lain..Aku tidak pernah mengimpikan kehidupan yang mewah pada sudut material.Aku hanya mendambakan aku di limpahi kemewahan kasih sayang dan keceriaan..

Ya Allah,,tunjukkanlah hambaMu ini jalan yang sepatutnya..Berilah aku petunjuk untuk mencari arah hidupku yang sebenar..Amiiin.